Kegiatan Silat Lintau PPSSLM

Melayu tak hilang di dunia

  • Kategori

  • Arkib

Kenangan bersama Pak Leh

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 27, 2011

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Silat Pengantin PPSSLM Di Majlis Perkahwinan Muhanna & Dyana

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 27, 2011

<a href="https://kegiatansilatlintauppsslm.files.wordpress.com/2011/02/silat-pengantin-ppsslm-untuk-muhanna-dan-dyana.jpg”>

Pada hari Sabtu 26hb febuari 2011 bersamaan 22 Rabiulawal 1432H Pesilat Pengantin PPSSLM Cawangan Tanjung Rambutan Ipoh Perak telah dijemput mempersembahkan silat pengantin di majlis persandingan pasangan pengantin diantara Dr Muhamad Muhanna bin Ahmad Nuordin & Dr Nur Dyana bt MD Nizar di No 17, Persiaran Bukit Meru 10, Meru Heights, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. DYMM Raja Perempuan Perlis telah mencemar duli hadir ke majlis tersebut.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengaseh dan Penyayang,
Ya Allah ya tuhan kami; Engkaulah Yang Maha Agung Yang telah Menciptakan qada’ dan qadar ini, kami memohon restu dan keredhaanmu, jadikanlah ikatan Dr Muhamad Muhanna bin Ahmad Nuordin & Dr Nur Dyana bt MD Nizar ini selamanya, diberkatiMu agar sentiasa dilimpahi keimanan dan kaseh sayang serta peliharalah ianya samoga akan berkekalan dengan rahmat dan cahaya kasehMu di dunia dan akhirat kelak serta kurniakan zuriat baginya yang soleh dan solehah.

Ya Allah
Satukanlah dua hati hambaMu Dr Muhamad Muhanna bin Ahmad Nuordin & Dr Nur Dyana bt MD Nizar ini seperti mana engkau satukan hati Adam as dan Hawa, Yusuf as dan Zulaikha dan juga seperti mana Engkau satukan Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah.

Amin Ya Rabbal Alamin.

href=”https://kegiatansilatlintauppsslm.files.wordpress.com/2011/02/silat-pengantin-ppsslm-untuk-muhanna-dan-dyana-2.jpg”&gt;

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Keris Majapahit Li Mambang

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 21, 2011

Pada 11 hb Febuari hari Jumaat malam sabtu jam 10.00 malam, YM Ayahanda Paduka Tuan Syed Zanuddin bin Tah telah berkenan menyampaikan dua buah keris Majapahit Li Mambang kepada Jurulatih Encik Abdul Aziz (gambarfoto di atas) dan pambantunya Encik Mohd Saiful Haris bin Mohd Bharil (gambarfoto di bawah) di gelanggang Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia Cawangan Tanjung Rambutan Perak Darul Ridzuan.

Pemberian keris tersebut adalah sebagai penghargaan Li Mambang kepada Encik Abdul Aziz dan Encik Mohd Saiful kerana sumbangan bakti mereka mengembangkan ilmu persilatan kepada pewaris bangsa.

Posted in Uncategorized | 1 Comment »